Tuesday, 19 August 2014

7 Cara Untuk Mengambil Hati Rakan



Kita mulakan dengan 7 petua ini dulu supaya anda lebih mudah ingat dan lebih mudah untuk mengamalkannya. Kita akan mulakan dengan petua yang pertama esok.  Selamat membaca.

Petua 1
Petua pertama berbunyi, “Timbulkan rasa minat dalam diri anda untuk mengetahui tentang cerita dan kisah kawan-kawan anda.” Bayangkan anda ada dua orang kawan rapat. Kawan pertama ini suka benar mendengar cerita-cerita anda. Apabila anda pergi ke mana-mana atau lakukan sesuatu, kawan anda ini suka mendengarnya. Dia kelihatan khusyuk mendengar setiap kali anda bercerita atau berbual dengannya tentang diri anda.
Kawan yang kedua pula sebaliknya. Setiap kali anda bercerita tentang sesuatu, dia pasti akan buka ceritanya pula. Apabila anda bercerita, dia tidak sabar untuk menyampuk dan bercerita tentang ceritanya pula. Malah, dia menunjukkan muka yang tidak berminat apabila anda bercerita tentang kisah anda.
Jika anda mahu pergi ke sesuatu tempat yang menyeronokkan dan anda boleh boleh bawa seorang kawan, kawan yang manakah satukah antara dua kawan ini akan anda pilih???
Saya percaya jawapannya tentu mudah bukan? Anda akan pilih kawan yang suka mendengar cerita anda.
Maksud petua ini begini. Jika anda ada rasa minat dan menunjukkan rasa minat anda mengenai apa yang kawan-kawan anda ceritakan, anda akan disukai oleh kawan-kawan anda. Kawan-kawan akan mencari anda apabila mereka ada sesuatu yang hendak diceritakan. Apabila mereka pergi ke mana-mana tempat yang istimewa, mereka akan teringat kepada anda. Malah, mungkin mereka akan dapatkan sesuatu untuk anda sebagai cenderahati.
Apa yang perlu anda lakukan?
  • Wujudkan rasa minat yang ikhlas dalam hati anda mengenai kawan-kawan anda. Jika anda mahu orang lain berminat dengan apa yang anda mahu katakan, anda juga mesti berminat dengan apa yang orang mahu ceritakan. Ada satu pepatah dalam dunia perniagaan yang berbunyi, “Unless you love everybody, you cannot sell to anybody.” Maksudnya lebih kurang, anda tidak akan dapat menjual kepada sesiapa yang anda tidak suka/tidak berminat.
  • Apabila kawan-kawan anda bercerita, tahan diri anda daripada membuka cerita anda yang mungkin lebih hebat daripada cerita mereka. Anda boleh buka cerita anda pada masa yang lain. Biarkan kawan anda menyerlah.
  • Tanya dengan lebih lanjut mengenai cerita kawan anda tadi. Jika dia bercerita tentang lawatan ke zoo negara, tanya dengan lebih lanjut tentang pengalamannya di sana, tentang haiwan yang dilihat dan tentang aktiviti yang dilakukannya. Ini akan menaikkan lagi semangat kawan anda untuk bercerita kepada anda.
  • Senyum dan angguk. Jangan dengar cerita kawan anda seperti patung yang tidak bergerak. Ini menampakkan seolah-olah anda merasa sangat bosan. Senyum atau ketawa apabila ada pengalaman yang mencuit hati. Angguk kepala anda sekali sekala untuk menunjukkan anda faham apa yang kawan anda ceritakan.
  • Duduk atau berdiri dalam keadaan seseorang yang sedang minat mendengar sesuatu. Jika anda sedang menonton satu cerita yang anda sangat suka, bagaimana cara anda duduk atau berdiri? Ya, gunakan cara duduk atau berdiri itu apabila anda mendengar cerita kawan-kawan anda.
Anda mungkin bimbang jika anda jadi bosan apabila kawan anda ini semakin bersemangat untuk bercerita dan semakin panjang pula cerita mereka. Jika anda sudah berjaya menanam sifat yang minat untuk mengetahui tentang kawan anda, anda akan kurang hadapi masalah begini. Tambahan lagi, sebenarnya cerita kawan anda itu tidaklah akan jadi sampai berminggu-minggu. Jadi, tunjukkan minat anda kepada cerita mereka. 
Petua 2
Petua kedua ialah, anda perlu menghargai apa-apa sahaja pertolongan atau pemberian kawan-kawan anda. Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda memberikan kawan anda sesuatu dan dia kelihatan seperti tidak kisah dan tidak kelihatan gembira dengan pemberian anda? Apa yang anda rasakan ketika itu?
Ada banyak ketikanya, anda mungkin rasa apa yang kawan anda berikan kepada anda adalah sesuatu yang tidak istimewa. Contohnya, kawan anda mengambil inisiatif membuat salinan kertas peperiksaan lepas dan berikan kepada anda secara percuma. Bagi anda, soalan lepas adalah sesuatu yang tidak berharga jadi anda buat endah tak endah sahaja. Muka anda tidak menunjukkan anda gembira menerima salinan kertas peperiksaan tersebut. Lebih teruk lagi, anda langsung tidak berkata terima kasih. Apabila kawan anda kata,”Mat, nah aku fotostat kertas peperiksaan ni untuk awak.” Anda membalas dengan berkata, “Hmm… awak letak la atas meja saya tu, nanti saya ambil”.
Apabila anda menunjukkan tanda-tanda bahawa sesuatu yang anda terima itu tidak penting, anda akan melukakan hati kawan anda itu.. Apabila ini berlaku, anda mungkin tidak akan menerima apa-apa lagi daripada dia atau hubungan anda dengannya akan menjadi renggang.
Apakah yang perlu anda lakukan untuk menunjukkan bahawa anda menghargai apa yang diberi?
  • Pertama, apabila kawan-kawan anda beri anda sesuatu, berhenti daripada melakukan apa yang sedang anda lakukan dan lihat kepada apa yang kawan anda berikan.
  • Kedua, belek sedikit apa yang kawan anda beri, senyum dan kata terima kasih kepada kawan anda tadi. Kata sekurang-kurangnya, “Terima kasih banyak-banyak Man….. menyusahkan awak je fotostat kertas ni untuk saya”.
  • Jangan berhenti di situ sahaja. Katakan sesuatu yang menunjukkan bagaimana apa yang diberi itu boleh membantu anda. Contohnya, “Saya pun memang tengah cari sangat contoh kertas peperiksaan ni. Alhamdulillah awak dan fotostat untuk saya. Senang saya nak buat ulangkaji nanti”. (jangan lupa senyum). 
  • Jika anda mahu buat sahabat anda lebih merasa dihargai, tanya lebih lanjut mengenai sesuatu yang telah diberikannya tadi. Contohnya, “Baguslah kertas ni. Kat mana awak jumpa model kertas peperiksaan ni?”
Dialog yang saya berikan itu adalah contoh sahaja. Saya harap anda dapat memahami konsep dan idea yang saya cuba sampaikan disitu. Anda perlu ingat, manusia sangat suka jika mereka dihargai. Bukan sahaja mereka akan rasa gembira apabila dihargai, mereka akan rasa hubungan mereka semakin rapat dengan anda.

Petua 3
Petua yang ketiga ini adalah petua termudah tetapi selalunya paling susah diamalkan. Petua ketiga berbunyi, “SENYUM”. Mudah bukan?
Senyuman yang manis dan mesra mempunyai satu keajaiban. Ia boleh menyampaikan mesej kemesraan dan keceriaan. Sebagai contoh, jika anda selalu tersenyum, anda akan menarik kawan-kawan yang ceria disekeliling anda. Ini adalah kerana, kawan-kawan yang ceria selalu tertarik dengan kawan-kawan yang kelihatan ceria juga. Sebaliknya, jika anda selalu bermasam muka, anda akan dijauhi kawan-kawan anda.
Persoalannya, bagaimana mahu senyum jika anda selalu ada masalah? Ya, saya faham, bila anda ada masalah, anda akan mudah bermasam muka. Apabila anda bermasam muka, anda akan rasa sedih dan marah. Ini akan membuat lebih ramai lagi kawan-kawan menjauhi anda. Jalan penyelesaian yang mudah ada sebenarnya. Begini:
  • Jika anda sedang dilanda masalah dan mula merasa sedih, cuba anda senyum. Senyum betul-betul seperti anda sedang merasa gembira.
  • Sambil anda senyum, wujudkan rasa gembira di dalam diri anda. Bayangkan satu situasi di mana anda merasa gembira dan seronok. Kekalkan imaginasi yang menggembirakan itu sepanjang anda tersenyum tadi.
  • Bergerak seperti orang yang sedang gembira. Mulai hari ini, lihat di sekeliling anda. Lihat bagaimana orang yang sedih bergerak dan bagaimana pula orang yang sedang gembira bergerak. Tiru pergerakan orang yang sedang gembira dan anda akan rasa perasaan yang sama.
Apabila anda mula amalkan sikap yang mudah tersenyum, anda akan kelihatan mesra dan mudah didekati. Saya selalu perhatikan kawan-kawan saya yang mudah tersenyum. Walaupun mereka kadangkala ada masalah tersendiri, mereka pandai mengasingkan masalah mereka daripada kehidupan seharian mereka. Mereka sentiasa tersenyum dan mudah pula ketawa. Mereka ini mempunyai kawan yang ramai.
Apa yang boleh anda lakukan ialah berlatih untuk mudah tersenyum. Jika selama ini anda memang susah hendak tersenyum, latih diri anda setiap pagi untuk senyum di depan cermin. Wujudkan rasa seronok di dalam diri anda apabila anda senyum. Insyaallah, anda akan dapati semakin ramai kawan-kawan rapat kepada anda. 
Petua 4
Petua yang keempat ialah bercakap hanya tentang perkara yang baik mengenai kawan-kawan anda. Anda tentu pernah berada dalam satu kumpulan kawan-kawan di mana mereka bercakap tentang sesuatu yang tidak baik mengenai kawan-kawan lain. Kita panggil ini sebagai sesi mengumpat. 
Ada banyak perkara yang tidak baik jika anda bercakap atau menyertai sesi mengumpat ini.
  • Perkara terbesar ialah ini boleh jadi satu dosa. Apabila anda bercakap tentang sesuatu yang buruk mengenai kawan anda, anda menjatuhkan maruah kawan anda itu dan mungkin anda akan berkata sesuatu yang tidak benar.
  • Apabila anda mengutuk atau mengumpat kawan anda, jelas hubungan anda dan kawan itu akan renggang atau putus terutama apabila kawan anda itu tahu mengenai apa yang anda katakan.
  • Anda sendiri akan merasa janggal apabila berada di samping kawan-kawan yang anda kutuk tadi. Ini kerana, anda sedar bahawa anda kutuk mereka dan kini anda berada disamping mereka pula.
  • Apabila anda mengutuk, anda menjatuhkan reputasi anda sendiri dikalangan kawan-kawan anda sendiri. Kawan-kawan anda akan mula berhati-hati dengan anda kerana bimbang anda akan mengutuk tentang diri mereka pula.
  • Akhirnya anda akan dipulaukan.
Ada dua nasihat yang pernah saya pelajari yang boleh anda amalkan.
  • Pertama, amalkan cara berfikir yang positif. Maksud saya, lihat kepada perkara yang baik dalam sesuatu kejadian. Apabila anda selalu mencari, melihat dan berfikir tentang perkara yang baik, anda akan mula bercakap tentang perkara-perkara yang baik. Jika anda ternampak sesuatu yang baik di dalam diri kawan-kawan anda, puji mereka. Dalam waktu yang sama, tanamkan azam dalam diri anda untuk mempunyai sifat yang baik itu juga.

  • Jika anda berada di dalam kumpulan yang sedang mengumpat dan mengutuk, cadangkan topik lain untuk dibincangkan jika anda mampu. Jika anda tidak mampu mengubah topik negatif yang sedang dibincangkan, minta diri dan tinggalkan kumpulan itu hingga mereka mengubah topik yang lebih baik. Anda perlu ingat, anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika anda selalu bercampur dalam perbualan bersifat negatif, anda akan selalu terfikir tentang perkara negatif. Akibatnya, anda juga jadi seorang yang berfikiran dan bersifat negatif.
Tambahan pula, dengan bercakap tentang sesuatu yang baik tentang kawan-kawan anda, anda akan merapatkan lagi hubungan anda dengan kawan itu. kawan-kawan lain yang melihat sifat anda itu akan mahu mendekati anda kerana mereka tahu anda hanya akan bercerita tentang perkara yang baik mengenai mereka.
Selamat mencuba. 
Petua 5
Petua kelima ini adalah mudah. Jika anda hendak memikat hati rakan sebaya anda, sebut nama mereka dengan baik. Teknik anda perlu gunakan sama ada anda sudah kenal lama dengan kawan anda itu atau anda baru sahaja berkenalan dengannya.
Jika anda sudah kenal lama dengan kawan anda:
Ads by OffersWizard
  • Sebut nama mereka dengan baik. Kadangkala, kita tidak tahu cara menyebut nama kawan kita dengan betul. Mereka pula malu untuk membetulkan cara kita memanggil mereka. Jadi, jika tidak pasti, tanya mereka bagaimana cara untuk menyebut nama mereka. Contoh mudah, saya ada kawan bernama Farid. Beberapa tahun saya berkawan dengannya saya asyik memanggil namanya Farid, Farid. Cara bunyi saya sebut ‘Rid’ itu sama seperti saya menyebut perkataan (parit). Saya rasa semua orang sebut nama Farid begitu. Tiba-tiba satu hari Farid bercerita kepada saya bahawa ayahnya tidak suka nama Farid dipanggil begitu kerana ia salah. Cara memanggilnya ialah ‘Rid’ dibunyikan seperti perkataan inggeris ‘read’. Saya pun agak terkejut kerana tidak mengetahui tentang perkara ini. Namun, tidak semua kawan bernama farid mahu disebut nama mereka begitu. 
  • Kadang-kadang ada kawan yang dipanggil menggunakan nama gelaran sahaja. Ada yang dipanggil panjang, bulat, rempit, botol,tokan, toyol dan sebagainya. Walaupun kawan kita ini menyahut setiap kali dipanggil dengan nama begitu, ia tidak bermaksud mereka suka nama itu. Jadi anda perlu berhati-hati tidak mengikut apa sahaja yang orang lain gunakan.
Jika anda baru berkenalan:
  • Sebaik-baiknya, anda tanya kawan baru anda ini bagaimana cara untuk menyebut nama mereka. Kadang-kadang mereka tidak selesa dengan nama penuh  mereka lalu mereka anda panggil mereka dengan nama ringkas atau pendek. Ikut sahaja asalkan nama itu bukan bermaksud yang terlalu tidak baik. JIka dia menyuruh anda memanggilnya dengan nama tidak baik, mungkin anda boleh nasihatinya dengan memberitahu akibat buruk jika menggunakan nama yang tidak elok. Nama adalah satu doa. Jika anda menggunakan nama yang tidak elok maksudnya, ia seolah-olah anda mendoakan sesuatu yang tidak elok juga.
  • Gunakan nama kawan anda itu selalu apabila bercakap dengannya. Jika nama beliau Ali, selalu gunakan nama itu dalam ayat anda. Contohnya, “Ali, awak ada kenal tak……”, “Ali, awak berasal dari……” dan sebagainya. Ada dua kesan bila anda bercakap begini. Pertama, ia kelihatan lebih mesra dan sopan. Jadi ia boleh merapatkan hubungan anda dengannya. Kedua, anda akan mudah ingat namanya dengan cepat. Tentu anda ada pengalaman berkenalan dengan seseorang dan cepat pula terlupa nama mereka. Dengan sentiasa mengulang nama mereka, anda akan pasti lebih mudah ingat.
Selamat mencuba. 
Petua 6
Petua memikat hati rakan sebaya yang keenam ialah “sokong cita-cita kawan-kawan anda”. Maksudnya, jika kawan-kawan anda bercerita kepada anda tentang cita-cita mereka, dengar dengan teliti dan beri sepenuh sokongan anda kepada mereka. Namun, ini ada syaratnya. Syaratnya ialah cita-cita kawan-kawan anda itu adalah cita-cita yang baik. Jika mereka kata mahu jadi perompak professional atau membuka pusat perjudian antarabangsa, jangan sekali-kali anda sokong mereka!    Sebaliknya, beri mereka nasihat dan tunjuk sebab mengapa mereka tidak sepatutnya ada cita-cita sebegitu.
Di zaman kanak-kanak dan remaja tentu anda mempunyai banyak cita-cita dan impian yang ingin anda capai dalam hidup anda. Saya ada dengar cita-cita kawan saya yang mahu mengembara ke seluruh dunia, ada yang mahu menjadi rakan kongsi di syarikat antarabangsa yang besar, ada yang mahu menjadi tokoh yang dikenali dan sebagainya.
Namun, sewaktu anda mendengar cita-cita itu, bunyinya mungkin agak tidak munasabah dan terlalu sukar untuk dicapai. Peranan anda dalam memikat hati kawan-kawan anda ialah anda perlu beri sokongan kepada mereka walau apa pun cita-cita mereka. Ini bukan bermakna anda berlakon memberikan semangat kepada mereka semata-mata mahu memikat hati mereka. Sokongan anda mestilah ikhlas di mana anda perlu yakin dan percaya bahawa kawan anda tadi boleh mencapai cita-cita mereka.
Sokongan anda ini akan menyebabkan dua perkara terjadi:
  1. Kawan anda tadi akan menghargai anda kerana menyokong cita-citanya. Anda akan menjadi sumber tenaga dan semangatnya untuk berusaha. Saya percaya selepas ini jika dia ada sesuatu yang baru dalam usaha mencapai cita-citanya, dia akan mencari anda. Dia akan ceritakan kepada anda. Lebih baik lagi, dia pula akan menyokong cita-cita anda. Anda juga akan jadi semakin bersemangat. Akhirnya, hubungan anda berdua menjadi semakin rapat dan akrab.
  2. Apabila anda menyokong kawan-kawan anda, semangat dan kayakinan diri mereka akan bertambah. Mereka akan mula yakin dengan kebolehan diri mereka sendiri lalu mereka berusaha dengan lebih kuat lagi. Anda akan jadi orang yang bertangungjawab di atas kejayaan kawan anda tadi. Bukankah itu sesuatu yang baik untuk dicapai dalam hidup?
Mulai hari ini, dengar dengan teliti cerita kawan-kawan anda mengenai cita-cita dan impian mereka. Beri sepenuh tumpuan dan sokong mereka dengan merasa yakin bahawa mereka akan berjaya. Insyaallah, jika anda bantu kawan anda untuk mencapai kejayaan, kejayaan akan menjadi milik anda juga nanti. 

Petua 7
Petua yangterakhir untuk siri 7 petua memikat hati rakan sebaya ini ialah, “elakkan diri daripada menajdi seorang terlalu sensitif dan mudah kecil hati”. Apa yang saya maksudkan dengan mudah kecil hati?
Anda tentu pernah ada kawan yang mudah sangat merajuk, hilang mood dan bersedih. Apa yang anda rasa setiap kali kawan anda ini merajuk walaupun disebabkan perkara kecil sahaja? Tentu anda rasa tidak senang bukan? Ada orang yang terlalu sensitif hingga apabila anda abaikan dia seketika sahaja pun dia boleh jadi marah dan merajuk. Aduhh…. letih kalau nak layan kawan macam ni bukan?
Masalah terlalu sensitif ini bukan sahaja masalah dikalangan kawan-kawan perempuan ye,  kawan-kawan lelaki pun sama naiknya. Cuma lelaki yang mudah hilang mood dan merajuk ni lagi buruk lah rupanya.. 
Tidak salah kalau anda hilang mood atau terasa hati sekali sekala tetapi jangan jadikan itu sebagai salah satu identiti anda. Silap sikit merajuk. Silap sikit bersedih. Silap sikit tidak mahu bercakap. Hmmm… kalau anda teruskan berperangai begini, saya percaya satu hari nanti anda boleh kira berapa ramai kawan-kawan disekeliling anda.
Jadi, mulai hari ini, tabahkan dan kuatkan semangat anda. Jangan hiraukan perkara sangat gurauan remeh temeh kawan-kawan disekeliling anda. Jika hati anda ceria dari dalam, tidak ada sesiapa yang boleh mengganggu keceriaan anda itu.
Selamat mencuba. 

Kesimpulan
Alhamdulillah, saya telah kongsikan 7 petua untuk memikat hati rakan sebaya anda. Tidak kira anda sedang berada di bangku sekolah, kolej, universiti atau sudah bekerja, anda perlu tahu bagaimana mahu memikat hati rakan sebaya anda. Kawan-kawan adalah penting dalam hidup kita. Tanpa mereka, kita mungkin jadi makhluk asing di tempat kita sendiri.
Jadi, walaupun 7 petua ini kelihatan mudah, anda akan terkejut dengan kesannya. Saya ucapkan selamat berjaya dan selamat mencuba untuk memikat hati rakan sebaya anda

Cara-cara Mengatasi Pengangguran


Menurut Hamid, 41, Pesyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), berkata “masalah pengangguran siswazah boleh diatasi  dengan pelbagai cara. Antaranya ialah sikap siswazah itu sendiri yang terlalu memilih pekerjaan serta perlu berfikir secara profesional dan janganlah  bersikap negatif terhadap sesuatu pekerjaan, kerana ianya akan merugikan diri sendiri. Di samping itu, mereka perlu pilih kerjaya yang betul dan mempunyai sikap tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.”
Selain itu , kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan program sekolah atau universiti kerjaya dengan jelas. Mereka perlu mengadakan kursus khas atau perancangan tegas kepada graduan daripada menyediakan pekerja untuk sektor awam atau swasta kepada sektor keusahawanan, pertanian, perlombongan dan lain-lain lagi.
Kerajaan juga perlu mewujudkan pusat maklumat siswazah di semua IPTA dan IPTS dengan aktif membuat aktiviti-aktiviti penyelidikan mengesan siswazah secara berkala dan melaksanakan program penempatan guru siswazah sehingga 50% pada tahun 2010 di semua sekolah rendah. Ini untuk memastikan model insane dan model budaya dapat digunakan denga cara yang lebih wajar oleh guru-ghuru yang terlatih.
Menurut Amzan, 41, Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), berkata,  “ kursus yang ditawarkan oleh IPTA atau IPTS hendaklah berasaskan analisis keperluan tenaga kerja dalam semua jenis sektor di negara ini bukan hanya bersandarkan kepada keupayaan ademik di sesebuah IPTA atau IPTS.”
Di samping itu, golongan yang masih belajar di sekolah atau IPT perlu memilih bidang paengajian yang boleh disesuaikan dengan penawaran kerja di pasaran. Kerja yang ditawarkan di pasaran melebihi jumlah golongan penganggur, tetapi pemikiran mereka harus diubah. Pemikiran “lebih baik menganggur selagi tidak jumpa kerja sesuai” harus dibuang jauh-jauh dari minda setiap graduan kerana ia bukan sahaja merugikan mereka, malah ia merugikan sektor yang memerlukan tenaga kerja
Graduan perlu memperbaiki kelemahan berbahasa Inggeris untuk memberi diri kelebihan mendapat pekerjaan. Oleh itu, kerajaan haruslah menaikan taraf pendidikan dan juga terus mempromosikan kepentingan Bahasa Inggeris di kalangan siswazah agar masalah ini tidak akan menghantui fikiran semua rakyat Malaysia di masa akan datang. Selain itu, graduan juga perlu bijak berkomunikasi dan mempunyai keyakinan diri sermasa berhadapan dengan orang lain, jangan takut dan teragak-agak menjawab apabila berinteraksi dengan orang berpangkat atasan.
Kesimpulanya, graduan harus bijak mengatur langkah kehidupan masing-masing, jangan terlalu memikirkan profesional. Graduan perlu bermula dari bawah untuk dapatkan pengalaman, bukanya terus dari atas. Justeru , graduan tidak seharusnya terlalu bersikap memilih , kerana ini bukan saja untuk kebaikan negara,malah ia juga untuk kebaikan diri graduan itu sendiri dan sikap seperti ini tidak mendatangkan apa-apa kebaikan ke atas diri mereka sendiri. Bayangkan berapa banyak pengalaman bekerja dan pendapatan yang mereka rugi jika hanya duduk di rumah disebabkan sikap memilih kerja. Selain itu, mereka harus mempunyai kemahiran dan pengalaman bekerja.. Oleh itu, mereka haruslah berfikiran terbuka dan bijak dalam menagani masalah ini agar tidak menyesal di kemudian hari. Bak kata pepatah “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian,”  dan satu lagi pepatah yang mengatakan, “di mana ada kemahuan di situ ada jalan  dan nak seribu daya tak nak seribu dalih.”

Punca Mahasiswa Masih Menganggur

Masih ramai graduan yang menganggur walaupun mereka sudah beberapa tahun menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT). Kebanyakan mereka bukan tidak mendapat pekerjaan atau tidak menerima sebarang tawaran tetapi mungkin tugas yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan mereka. Kebanyakan graduan ini masih mencari pekerjaan yang dirasakan tidak bersesuaian dengan status mereka sebagai bekas penuntut universiti.
Menurut Mohd Suhaidi B. Sautar, 25, pelajar tahun tiga Fakulti Pengajian Bahasa Utama, antara faktor yang menyebabkan pengangguran di kalangan siswazah ialah sikap siswazah itu sendiri yang terlalu memilih pekerjaan atau sesuatu pekerjaan yang ditawarkan itu tidak setaraf dengan kelulusan dan bukan bidang mereka semasa belajar di universiti. Mereka lebih suka tinggal di rumah tanpa melakukan apa-apa pekerjaan daripada bekerja bukan dalam bidang mereka.
Mereka lebih sanggup menganggur daripada bekerja sebagai kerani atau jawatan lain yang dirasakan kurang setaraf walaupun sebenarnya lebih baik bekerja daripada menganggur.  Pemikiran "lebih baik menganggur selagi tidak jumpa kerja sesuai" perlu dibuang dari minda setiap graduan kerana ia bukan sahaja merugikan mereka, malah merugikan sector yang memerlukan tenaga kerja.  
Sebenarnya, peluang pekerjaan yang ditawarkan masih banyak tetapi mereka tidak tahu mengambil peluang ini. Di samping itu, terdapat  beberapa agensi usahawan yang menawarkan peluang keusahawan bagi mereka yang berminat memilih keusahawan sebagai kerjaya pilihan. Selain itu, mereka  juga boleh memperolehi pekerjaan dengan pelbagai cara. Contohnya mereka menceburi bidang pertanian dan mengusahakan kawasan terbiar sehingga memperolehi hasil dan menjadikan petani yang berjaya. Oleh demikian, bukan kerja kosong  tidak ada tetapi sikap yang terlalu memilih kerja di kalangan graduan menyebabkan pekerjaan itu tidak dapat diisi.
Menurut Arnida Abu Bakar, 31, pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama berkata, "salah satu masalah penting menyebabkan berlakunya pengangguran siswazah ialah kelulusan mereka tidak sesuai dengan permintaan dunia pekerjaan." Majikan akan lebih berhati-hati menggunakan kriteria ini untuk memilih graduan-graduan yang diperlukan. Graduan yang mempunyai kelulusan yang tidak  boleh dipasarkan akan menghadapi krisis dan terpaksa menganggur dalam tempoh yang lebih lama. Keperluan pengambilan dan penambahan tenaga buruh pula akan dihitung dengan lebih teliti dari segi keberkesanan kos dan produktiviti. Perlumbaan untuk mendapatkan pekerjaan dijangka akan lebih bersifat persaingan dan ini akan memberi faedah yang besar kepada majikan untuk memilih kualiti tenaga yang terbaik yang menguntungkan firma-firma perniagaan mereka.
Pengangguran di kalangan siswazah akan terus berlaku sekiranya mereka tidak berusaha mencari alternatif baru membina kerjaya persendirian atau menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti bidang keusahawanan yang boleh membantu menggerakan ekonomi di samping dapat berperanan memberi peluang pekerjaan kepada golongan lain. Ruang bagi golongan mahasiswa menceburi pelbagai bidang pekerjaan persendirian, perniagaan dan keusahawanan begitu luas. Bidang-bidang yang boleh diceburi ini bagaimanapun memerlukan inisiatif dan kegigihan.
  Menurut Hafsah Mohamed, 23, pelajar tahun tiga Fakulti Pengajian Bahasa Utama, pengangguran di kalangan siswazah semakin meningkat setiap tahun adalah di antara isu-isu yang saban hari kali diperkatakan. Antara faktor yang menyumbangkan terhadap kewujudan dilemma ini adalah kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik serta kebanjiran siswazah-siswazah dari institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta yang begitu banyak sehiggakan nisbah jumpa penganggur dan kerja kosong tidak sama rata. Selain itu juga, taraf pendidikan/ piawaian peperiksaan dan kelulusan siswazah-siswazah yang agak rendah, membuatkan mereka jarang di beri peluang pekerjaan.
Kesemua faktor-faktor ini berhubungkait antara satu sama lain. Kebanyakan pelajar berjaya mendapat ijazah masa kini walaupun purata pencapaian tidaklah di tahap yang memuaskan. Dengan pencapaian tahap rendah, iaitu kemungkinan CGPA 2.4 ke bawah, agak sukar bagi mereka mendapatkan peluang pekerjaan segera. Majikan-majikan akan memilih siswazah-siswazah yang cemerlang dan mepunyai kemahiran serta pengalaman bekerja. Pada masa yang sama, kebolehan berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris memainkan peranan yang paling penting di dalam setiap temuduga. Kebanyakan siswazah yang kurang fasih berbahasa Inggeris akan merasakan kesukaran mendapat tawaran kerja. Namun begitu, ada juga segelintir siswazah  yang mempunyai pencapaian yang cemerlang tetapi tidak mendapat peluang pekerjaan, ini kerana mereka tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman bekerja serta tiada keyakinan pada diri semasa temudaga diadakan.
Menurut Mohd Faiz Zharif B. Shamat, 24, seorang pelajar lepasan Kolej Universiti Islam Selangor  di dalam pengkursusan Diploma Pengajian Islam (Usuluddin), pernah menganggur selama enam bulan di rumah tanpa melakukan apa-apa pekerjaan dan tinggal bersama keluarga kerana sikapnya yang malas bekerja dan ingin rehat  di rumah serta tidak bersedia untuk bekerja. Di dalam tempoh pengangguran itu dia hanya mengharapkan sumber pendapatan daripada ibubapanya. Selain itu juga, “saya adalah seoarang yang cerewet memilih pekerjaan, dan mahukan gaji yang tinggi dan memilih penempatan yang sesuai bagi diri saya tanpa berfikir dengan kelulusan saya semasa belajar di kolej dahulu,” ujarnya.
Menurutnya lagi selepas enam bulan menganggur, dia mula merasakan bosan tinggal di rumah dan tidak mengetahui dunia luar, lalu membuat keputusan mencari kerja dan bertekad untuk bekerja tidak kira apapun pekerjaan asalkan sumber pendapatan itu halal serta boleh menyara kehidupanya. Selepas itu dia mendapat kerja di satu tempat isi minyak Petronas di Batang Kali sebagai atenden pam dan bekerja sepenuh masa di situ.
 Menurut Amzan B. Satiman, 41, Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor berkata, “faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah dari segi perindustrian. Kebanyakan siswazah tidak tahu membawa diri dalam dunia reality, mereka hanya mementingkan akademik semata-mata. Pembelajaran tidak hanya tertumpu di dalam kelas sahaja tetapi ianya merangkumi aktiviti  luar. Aktivi-aktiviti ini yang memberikan kita banyak pengalaman, dan mengajar kita bagaimana cara untuk berhadapan dengan khalayak ramai, berorganisasi,menyelesaikan masalah serta melakukan tugas denan baik.”
Pihak swasta selalunya lebih mementingkan pengalaman berbanding dengan akademik, ini kerana kos untuk mengadakan latihan etensif kepada pekerja baru akan membelanjakan wang banyak dan memberi sedikit kerugian kepada sesebuah syarikat pada masa itu. Selain itu juga, siswazah harus bijak dan aktif dalam berkomunikasi serta cemerlang dalam pelajaran dan korikulum.
Pengangguran siswazah boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada diri pelajar itu sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Contohnya apabila seseorang itu tidak mempunyai pekerjaan atau tidak mempunyai wang untuk keperluan harian, kemungkinan dia akan memilih jalan yang mudah untuk mendapatkan hasil yang lumayan dengan melakukan perkerjaan yang menyalahi undang-undang, contohnya merompak. Pekerjaan seperti ini akan mendatangkan risiko kepada dirinya sendiri serta kepada orang lain. Semua ini terjadi kerana seseorang  itu berfikiran sempit, terdesak atau tertekan dengan tiadanya pekerjaan.

12 Ciri Sahabat Sejati Menurut Imam Ghazali

Mari kita lihat 12 Ciri Sahabat Sejati Menurut Imam al-Ghazali di bawah ini :

1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan melindungimu.

2. Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas balik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya.

4. Jika kau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambut dengan baik.

5. Jika ia memproleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka akan berupaya menutupinya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan sungguh-sungguh.

8. Jika engkau berdiam diri (karena malu untuk meminta), maka ia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi.

9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu.

10. Jika engkau berkata benar kepadanya, niscaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencana itu.

12. Jika kamu berdua sedang berbeda pendapat atau berselisih paham, niscaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga.

11 Ciri Pemimpin Yang Baik

1. INTEGRITI • Memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap jabatan dan tidak memikirkan diri sendiri. Tindakan yang dilakukan perlu       berkaitan dengan sepenuh hati.

2. KERAS HATI • Sifat semulajadi manusia, sekiranya berada diatas. Maka inilah yang harus diingati sampai bila-bila. Sekalipun sudah dinaikkan pangkat, kamu harus bersikap pemurah dan lembut hati.

3. MENAHAN DIRI • Jadilah seorang pemimpin yang sabar memandangkan emosi tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah. Sebaliknya ia akan menimbulkan pelbagai masalah baru yang merumitkan.

4. SETIA • Setia pada tugas dan tanggungjawab merupakan kunci utama untuk berjaya. Ia bukan sahaja memberikan semangat kepada orang bawahan untuk sama-sama merealisasikan impian untuk berjaya. Bahkan, kamu akan dipandang serong pemimpin yang berjaya.

5. TIMBANG RASA • Jangan jadikan jawatan kamu itu sebagai alas an untuk menindas.Sebaliknya jadikan jawatan yang kamu pegang itu sebagai semangat untuk berjaya.

6. KEBERANIAN • Sebagai ketua, kamu harus mempunyai keberanian dalam membuat keputusan.

7. ADIL • Jadilah seorang pemimpin yang adil. Pemimpin akan dicintai bawahan sekiranya bersikap adil dalam membuat sebarang keputusan. 

8. SABAR • Jangan gelabah dalam memutuskan suatu keputusan. 

9. RAJIN • Jadilah sikap rajin kamu ini sebagai contoh, tauladan dan dorongan kepada orang bawahan. 

10. SEDERHANA • Wajar jika seorang pemimpin bersikap sederhana. Memandangkan semakin tinggi jawatan, bukan bermakna semakin tinggi gaya hidup. 

11. TANGGUNGJAWAB • Apa yang akan terjadi seandainya seorang pemimpin tidak mempunyai rasa tanggung jawab yang tinggi.

10 Tips Mengekalkan Hubungan Kekeluargaan

10 idea aktiviti yang boleh anda sekeluarga lakukan dalam usaha mengekalkan keharmonian keluarga anda.



1-     Road Trip
Meluangkan masa yang panjang dalam kereta sewaktu menuju ke destinasi kembara pasti menyeronokkan. Waktu inilah anda sekeluarga dapat berbual, dan setiap ahli keluarga dapat memberikan perhatian sepenuhnya.

2-     Menonton Wayang
Mungkin anda boleh tetapkan sekurang-kurangnya dua kali sebulan anda sekeluarga akan meluangkan masa bersama untuk menonton filem yang sedang hangat ditayangkan. Ia antara aktiviti hiburan yang sesuai untuk semua. Pastikan filem pilihan diklasifikasikan sebagai ‘U’ ya.

3-     Permainan Interaktif
Anda tentu pernah melihat adegan satu keluarga bermain Uno di dalam filem? Penuh dengan kegembiraan bukan? Anda pun boleh juga. Boleh juga cuba permainan lain seperti Monopoly, Scrabble dan sebarang permainan kad.

4-     Bercuti
Tiada apa yang lebih menyeronokkan selain dapat meluangkan masa bercuti bersama keluarga. Berkelah di pantai ada kalanya sudah memadai.

5-     Aktiviti Lasak
Lakukan aktiviti luar bersama seperti rock climbing, ataupun sukan air bersama. Walaupun tidak semua ahli keluarga punya kemahiran melakukannya, namun sokongan dari ahli keluarga yang lain pasti mengeratkan lagi hubungan.

6-     Makan Besar
Sebulan sekali apa kata anda makan besar bersama keluarga, juadahnya lebih istimewa dan variety berbanding makan malam biasa. Inilah masa untuk anda kumpulkan semua ahli keluarga, jadikan ia aktiviti wajib sekali dalam sebulan. Lebih seronok jika dapat masak bersama.

7-     Kerja Amal
Jika ada masa apa kata anda sekeluarga lakukan kerja amal seperti menolong membersihkan rumah orang tua, melawat pesakit kanser di hospital dan sebagainya. Tentu anda pernah melihat gambar-gambar di Instagram milik Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Puan Pahang yang memaparkan gambar beliau sekeluarga giat membantu mangsa banjir dengan menyediakan juadah.

8-     Bargain Hunting
Hari ini banyak jualan gudang berlangsung, jadikan ia sebagai peluang untuk anda sekeluarga membeli-belah dengan mendapatkan barang seperti buku, pakaian, perkakas rumah dan permainan pada harga luar biasa.

9-     Spa Di Rumah
Sebagai anak apa kata anda beri urutan kepada kedua-dua ibu bapa anda. Boleh juga pakaian pupur muka, lakukan pedicure dan manicure dan sebagainya. Boleh juga anda solekkan ibu anda yang bercadang menghadiri majlis istimewa.

10-  Bersenam
Lakukan senaman ringan bersama seperti joging atau berjalan di pusat rekreasi ataupun lakukan aerobik bersama sambil mengikut gerak tari video yang dimainkan. Berkebun juga salah satu option yang boleh dipertimbangkan.

8 faktor-faktor yang dipertimbangkan apabila Memilih Kerjaya

Untuk membantu anda membuat pilihan yang paling bijak, periksa lapan perkara yang perlu anda nilai apabila memikirkan tawaran kerja. Kenal pasti keutamaan peribadi anda serta pro dan kontra setiap kerja.

 1. Manfaat.

Ini adalah sesuatu yang sering diabaikan oleh orang muda yang baru memulakan kerjaya mereka, tetapi faedah kerja boleh bernilai sehingga 30% terhadap jumlah pampasan yang anda. Mulakan dengan mencari berapa banyak perlindungan perubatan dan pergigian anda akan dapat. Anda juga perlu mengambil kira faedah kewangan lain yang datang dengan kerja, seperti pembayaran balik pengajian/latihan, bonus, pembayaran balik perbelanjaan penempatan semula dan bantuan membeli rumah. Jangan memandang rendah nilai faedah bukan kewangan seperti waktu kerja fleksibel.


2. Lokasi.

Anda mungkin tergoda untuk memulakan kerjaya anda di Lembah Klang, JB atau Pulau Pinang -anda mendapati ia menawarkan ganjaran tinggi. Namun anda harus mengambil kira kadar sewa dan kos hidup anda. Dengan mengambil kira lokasi dengan kos hidup yang lebih rendah seperti Alor Setar, Kangar, Seremban dan lain - lain tempat, nilai gaji anda mungkin akan lebih besar. Pertimbangkan bandar - bandar lain yang boleh memberikan kemudahan kepada anda.


3. Perjalanan pergi-balik.

Ini tidak kelihatan seperti perkara yang besar pada mulanya, tetapi harga petrol yang berubah-ubah boleh memberi kesan kepada bajet anda jika anda mempunyai perjalanan pergi-balik yang jauh - tanpa bercakap tentang kesesakan dalam lalu lintas yang boleh menyebabkan anda cepat tua. Kita mengambil masa 30 minit, secara purata, untuk ke tempat kerja setiap hari. Jika kita mengambil masa yang panjang untuk pulang ke rumah, kita akan menggunakan lebih daripada lima jam seminggu pergi dan balik dari tempat kerja. Tetapi masa bukan satu-satunya faktor: Pertimbangkan tekanan perjalanan pergi-balik juga. Adakah anda akan terpaksa melalui perjalanan yang sesak atau ada laluan yang lebih lancar ke pejabat? Apakah pengangkutan awam suatu pilihan? Pastikan anda menambah kos tambang bas, bayaran letak kereta atau tol.


4. Peluang untuk kemajuan kerjaya.

Tiada siapa yang mahu untuk terjebak dalam pekerjaan yang buntu. Oleh itu, tanya penemuduga anda kemungkinan bergerak maju dalam syarikat dan apa yang boleh dilakukan untuk anda mendapatkan kenaikan pangkat. Dapatkan maklumat lanjut jika satu kerja boleh memberikan anda kemajuan yang lebih baik daripada yang lain.Sebagai contoh, terdapat program-program latihan, atau peluang pendidikan di tempat kerja yang akan membolehkan anda untuk mengasah kemahiran anda dan membuat kenalan penting? Ini akan membuatkan anda aset yang lebih berharga kepada syarikat itu - atau meningkatkan peluang pekerjaan anda di tempat lain apabila anda sudah bersedia untuk bergerak ke tempat lain dan ke atas.


5. Persekitaran kerja.

Terdapat 168 jam dalam seminggu. Jika anda menghabiskan 40 jam di tempat kerja, ini bermakna anda menghabiskan satu suku minggu anda di sana.Anda harus pastikan anda sukakan tempat itu dan sesuai bagi anda. Ini termasuklah etika pemakaian dan sama ada anda mendapat sebuah bilik atau kubikel. Pertimbangkan saiz dan budaya syarikat (pantas atau santai? Hirarki atau lebih demokratik?) Adakah nilai-nilai syarikat sepadan dengan anda? Adakah ia mesra-keluarga?Adakah anda boleh bekerjasama dengan rakan sekerja?
Ia sukar untuk mendapatkan rasa persekitaran kerja dalam satu temuduga rasmi. Minta bakal majikan untuk memperkenalkan anda kepada bakal rakan sekerja sama ada pada temu bual awal atau yang kedua. Tanya kepada mereka apa yang mereka suka dan tidak suka tentang pekerjaan mereka. Jika anda tidak mempunyai peluang itu, sebelum syarikat membuat tawaran kerja, minta maklumat mengenai bakal rakan sekerja anda dan buat panggilan atau hantar e-mel kepada mereka sebelum menerima tawaran kerja.


6. Keselamatan pekerjaan.

Apabila anda masih muda dan baru bermula, anda mungkin tidak mencari pekerjaan yang akan membawa anda meniti usia emas anda. Namun, anda perlu menilai toleransi risiko anda, walaupun anda hanya mengharapkan untuk berada untuk dua tahun. Adakah pekerjaan di syarikat baru atau sebuah syarikat telah lama ditubuhkan? Adakah firma tersebut dihormati dalam industri dan berjalan dengan baik? Adakah kewangan syarikat stabil?Perkara terakhir yang anda mahu ialah tanpa pekerjaan kerana syarikat bankrap.


7. Tahap tanggungjawab.

Anda mahu pekerjaan yang akan membolehkan anda menggunakan semua pengetahuan dan memantapkan kemahiran anda, bukannya seseorang yang menyuruh anda membuat kopi. Tetapi anda harus ingat bahawa anda mungkin tidak mendapat pekerjaan impian anda sebaik tamat pengajian. Anda mungkin perlu untuk bekerja di beberapa bahagian dan anda perlu mengambil peluang untuk menaiki tangga kerjaya.


8. Di manakah anda mahu berada dalam sepuluh tahun?

Adakah kerja ini akan membawa anda di mana anda mahu pergi dengan kerjaya anda? Walaupun anda mendapat tawaran gaji yang tinggi pada sesuatu kerja, anda harus mempertimbangkannya agar ia sejajar dengan matlamat jangka panjang anda. Memberi tumpuan semata-mata pada gaji permulaan anda adalah berfikiran pendek. Anda perlu melihat gambaran yang lebih besar.

10 cara untuk menjaga remaja agar tetap bebas rokok

Ikuti 10 perkara berikut yang boleh dijadikan bimbingan sekeluarga:

# Jadikan diri untuk dicontohi. Ibu bapa yang tidak merokok menjadi model yang kuat bagi anak kerana kajian mendapati anak akan mengikut jejak ibu bapa yang suka merokok.


# Jadikan rumah sebagai zon tiada asap rokok. Jika anda kaki merokok, mempunyai kawan atau saudara-mara yang merokok, elakkan daripada mendedahkan anak kepada asap rokok.

Dianggarkan hembusan asap perokok menyebabkan kira-kira 3,400 kematian akibat barah paru-paru dan 22,700 hingga 69,600 kes kematian penyakit jantung setiap tahun dalam kalangan orang dewasa yang tidak merokok di Amerika Syarikat.

Kanak-kanak akan terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit lelah dan jangkitan telinga manakala bayi pula lebih kepada sindrom kematian kejutan bayi. Kesan buruk asap rokok yang dihidu orang lain adalah serius dan tidak akan berkurangan.

# Berusaha berhenti merokok. Jika seseorang perokok cuba berhenti merokok, anda tidak sendirian.

Sebanyak 70 peratus perokok berazam untuk berhenti merokok, tetapi hanya lima peratus yang berjaya berbuat demikian dalam tempoh yang lama.

Berusahalah untuk berhenti demi kesihatan diri sendiri dan ahli keluarga. Sokongan ahli keluarga turut membantu kerana apabila mereka berasa betapa sukarnya bagi anda berhenti, ia mungkin mempengaruhi mereka untuk tidak merokok.

# Jangan merokok di depan anak termasuk dalam kereta. Sejumlah 77.6 peratus rakyat Amerika Syarikat tidak menghisap rokok dalam kenderaan ketika bersama keluarga.

Tindakan sedemikian menjadikan kereta sebagai zon bebas asap rokok dan akan melindungi penumpang termasuk anak.

# Mendidik anak supaya tidak terpengaruh dengan iklan media. Satu cara ialah mengurangkan pendedahan anak terhadap iklan rokok menerusi televisyen.

Satu laporan Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat merumuskan iklan merokok dalam filem menyebabkan remaja mula merokok dan filem berkaitan remaja pula mendorong kira-kira 200,000 remaja menjadi perokok baru setiap tahun.

# Maklumkan kepada anak mengenai risiko kesihatan akibat merokok. Ibu bapa perlu memaklumkan kepada anak remaja atau dewasa mereka merokok akan memberi kesan terhadap keupayaan mereka termasuk kesan negatif dalam jangka panjang terhadap kesihatan dan penampilan diri.

# Kenali rakan anak. Dorongan rakan sebaya adalah faktor kuat yang mempengaruhi tindakan remaja untuk merokok, minum alkohol dan mengambil dadah. Ibu bapa perlu tahu jika anak berkawan dengan mereka yang merokok. Galakkan mereka menjadi model tidak merokok agar dapat diikuti rakan sebaya dan anak lain dalam keluarga.

# Dengar dengan teliti pandangan anak. Apabila ibu bapa mewujudkan suasana dalam rumah yang mendorong perbincangan dan perbahasan sesuatu topik, ia membolehkan anak belajar dan memahami fakta, berdepan dan menyelesai masalah supaya mereka dapat hidup bebas daripada rokok.

# Bina kemahiran membuat keputusan awal. Menerusi amalan membuat keputusan sejak peringkat awal, anak akan berupaya membuat pilihan bijak apabila berdepan dengan perkara yang penting seperti merokok.

# Beri dorongan kepada mereka untuk segera berhenti merokok. Manusia boleh menambah jangka hayat mereka tanpa perlu merokok. Berhenti merokok juga adalah keputusan yang dapat menyelamatkan nyawa. Bukan mudah berbuat demikian, tetapi setiap langkah percubaan untuk berhenti merokok perlu dianggap sebagai suatu kejayaan.

Kesan Buruk Gajet Pada Kanak-Kanak Dan Remaja

Akademi Pediatrik Amerika dan Persatuan Pediatrik Kanada menyatakan kanak-kanak dari umur 0-2 tahun tidak sepatutnya didedahkan pada teknologi, 3-5 tahun dibenarkan hanya sejam sehari, dan 6-18 tahun hanya dua jam sehari.
Bagaimanapun, kanak-kanak dan remaja dibenarkan menggunakan gajet oleh ibu bapa mereka pada jangkamasa 4-5 kali ganda dari yang disyorkan, dengan kesan yang serius dan mengancam nyawa.
Seorang pakar terapi pediatrik, Cris Zone menyarankan agar kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang sama sekali bagi menggunakan gajet. Beliau memberikan 10 sebab:-
1. Perkembangan otak
Di antara 0 – 2 tahun, saiz otak kanak-kanak membesar tiga kali ganda dan terus berkembang hingga berusia 21 tahun (Christakis 2011). Perkembangan awal otak ditentukan oleh rangsangan alam sekitar, atau kurang rangsangan alam sekitar. Rangsangan kepada otak yang berkembang yang disebabkan pendedahan keterlaluan kepada teknologi (telefon bimbit, Internet, iPad, televisyen) telah dibuktikan berkait rapat dengan kekurangan fungsi dan perhatian dalam melakukan sesuatu, kognitif lembap, pembelajaran terjejas, peningkatan kepada perlakuan mengikut emosi dan kurang kebolehan untuk mengawal selia diri, contohnya mengamuk (Small 2008, Pagini 2010).
2. Perkembangan fizikal terbantut
Menggunakan gajet mengurangkan pergerakan, yang boleh menyebabkan perkembangan terbantut. Seorang dari tiga kanak-kanak kini memasuki sekolah dalam keadaan perkembangan terbantut, memberikan impak negatif pada pencapaian akademik dan literasi (HELP EDI Maps 2013). Pergerakan fizikal meningkatkan perhatian dan kebolehan belajar (Ratey 2008). Penggunaan teknologi untuk kanak-kanak bawah 12 tahun cenderung untuk menyebabkan kerosakan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak (Rowan 2010).
3. Obesiti Epidemik
Permainan video dan televisyen berkait dengan peningkatan kadar obesiti (Tremblay 2005). Kanak-kanak yang dibenarkan menggunakan gajet dalam bilik tidur mempunyai 30 % lebih bukti yang mereka obes (Feng 2011). Seorang dari empat kanak-kanak Kanada dan seorang dari tiga kanak-kanak AS obes (Tremblay 2011). 30% dari kanak-kanak obes akan mendapat kencing manis, dan individu obes mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat serangan strok dan jantung di awal usia, memendekkan jangka hayat (Center for Disease Control and Prevention 2010). Disebabkan obesiti, kanak-kanak abad 21 mungkin menjadi generasi pertama yang akan mati dahulu sebelum ibu bapa mereka (Professor Andrew Prentice, BBC News 2002).
4. Kurang tidur
60% ibu bapa tidak mengawal selia penggunaan teknologi oleh anak-anak mereka, dan 75% anak dibenarkan penggunaan teknologi dalam bilik tidur (Kaiser Foundation 2010). 75% kanak-kanak dari usia 9-10 tahun tidak cukup tidur sehinggakan memberi impak negatif kepada pencapaian akademik (Boston College 2012).
5. Penyakit mental
Penggunaan teknologi secara keterlaluan diimpikasikan sebagai penyebab kepada peningkatan kes kemurungan di kalangan kanak-kanak, kebimbangan, gangguan ikatan kekeluargaan, autisme, gangguan bipolar, psikosis dan kelakuan kanak-kanak bermasalah (Bristol University 2010, Mentzoni 2011, Shin 2011, Liberatore 2011, Robinson 2008). Satu dari enam kanak-kanak di Kanada telah didiagnosis mengalami masalah mental, dan kebanyakannya mengambil ubat psikotropik (Waddell 2007).
6. Keagresifan
Kandungan media yang ganas boleh mengakibatkan keagresifan pada kanak-kanak (Anderson, 2007). Lebih ramai kanak-kanak didedahkan dengan insiden keganasan fizikal dan seksual dalam media masa kini. “Grand Theft Auto V” mendedahkan kanak-kanak kepada perlakuan seks, pembunuhan, rogol, penyeksaan dan pencacatan secara jelas, begitu juga kebanyakan filem dan rancangan televisyen. AS telah mengkategorikan keganasan dalam media sebagai risiko kesihatan orang ramai kerana impak kasual kepada keagresifan kanak-kanak (Huesmann 2007). Terdapat peningkatan laporan media tentang kanak-kanak yang dikurung atau diasingkan dalam bilik khas kerana keagresifan yang sukar dikawal.
7. Demensia Digital
Kandungan media yang terlalu pesat boleh menyumbang kepada defisit perhatian, serta kurang kepekaan dan memori kerana otak memangkas trek neuron kepada korteks hadapan (Christakis 2004, Small 2008). Kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatian tidak dapat belajar.
8. Ketagihan
Apabila ibu bapa lebih mendekatkan diri mereka kepada teknologi, mereka menjauhkan diri dari anak-anak. Apabila tidak wujud ikatan dengan ibu bapa, anak anak mengikat diri mereka kepada gajet, yang boleh mengakibatkan ketagihan (Rowan 2010). Satu dari 11 kanak-kanak berumur 8-18 tahun ketagih teknologi (Gentile 2009).
9. Pengeluaran radiasi
Pada Mei 2011, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan telefon bimbit (dan kebanyakan gajet tanpa wayar) sebagai risiko kategori 2B (agen kanser berkemungkinan) disebabkan oleh pengeluaran radiasi (WHO 2011). James McNamee dari Healh Canada pada Oktober 2011 mengeluarkan amaran menyatakan “kanak-kanak adalah lebih sensitif kepada pelbagai agen berbanding orang dewasa disebabkan otak dan sistem imuniti mereka sedang berkembang, jadi risikonya tidak sepatutnya sama antara orang dewasa dan kanak-kanak (Globe and Mail 2011). Pada Disember 2013, Dr. Anthony Miller dari Sekolah Kesihatan Orang Ramai Toronto mengesyorkan yang berdasarkan kajian terbaru, pendedahan frekuensi radio patut di klasifikasikan semula sebagai 2A (agen kanser yang berkemungkinan besar), bukan 2B (agen kanser yang berkemungkinan). Akademi Pediatrik Amerika memohon untuk penilaian semula tentang pengeluaran radiasi EMF dari alatan teknologi, sambil merujuk kepada tiga sebab yang berkaitan impak kepada kanak-kanak (AAP 2013).
10. Tidak dapat dikekalkan
Cara kanak-kanak dibesarkan dan diberi pembelajaran menggunakan teknologi adalah tidak boleh lagi dikekalkan (Rowan 2010). Kanak-kanak ialah masa depan kita, tetapi tidak ada masa depan untuk kanak-kanak yang menggunakan teknologi secara berlebihan. Satu pendekatan berpasukan perlu dan penting untuk mengurangkan penggunaan teknologi di kalangan kanak-kanak.

10 amalan hidup sihat agar hidup anda lebih baik

Tapi jika anda sering terfikirkan apakah amalan hidup sihat, anda boleh mengamalkan 10 petua di bawah setiap hari untuk menjadikan diri anda seorang yang lebih baik kehidupannya:

  1. Keluar ambil angin – Kurangkan terperap dalam bangunan, keluar ambil angin di kedamaian alam sekitar. Jangan kita memandang remeh keupayaan aktiviti menikmati alam sekitar ini kerana kajian membuktikan ia mampu menurunkan kadar stress, menguatkan memori, meningkatkan kreativiti dan juga menjadikan anda seorang yang lebih baik. (Amalan hidup sihat ini bersumberkan dari “Underestimating Nearby Nature, Affective Forecasting Errors Obscure the Happy Path to Sustainability” : Psychological Science.
  2. Bersenam – Jangan asyik duduk tengok tv, pergi bersenam. Bila sebut sahaja bersenam, semua orang akan bosan, sebab bersenam memang diakui manfaatnya tapi hampir semua orang tak perduli untuk amalkan. Sedangkan amalan hidup sihat dengan bersenam terbukti mampu menjadikan anda lebih bijak, membuatkan anda mudah tidur, menjadikan anda rasa selesa dengan tubuh badan anda, dan juga membuatkan sistem ransangan seks anda berfungsi lebih baik. Malah kajian daripada Harvard menjejaki mereka yang bersenam selama 72 tahun membuktikan ia adalah rahsia amalan hidup sihat.
  3. Bersama dengan kawan-kawan dan keluarga – Jangan asyik habiskan masa buat kerja, penuhkan juga masa anda bersama dengan kawan-kawan dan juga keluarga. Kajian daripada Harvard mendapati aktiviti sosial ini merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada amalan hidup sihat dan kebahagian hidup. Ada masyarakat yang hidup lama menjadikan amalan bersosial dengan kawan dan keluarga lebih penting daripada bersenam dan mereka hidup sihat. Kawan-kawan amat penting untuk membaiki kehidupan anda, kongsi kegembiraan dengan mereka dan lahirkan rasa bahagia apabila kawan anda gembira. Kesunyian merupakan salah satu daripada punca serangan jantung dan kencing manis.
  4. Nyatakan rasa syukur dan terima kasih anda secara ikhlas. Ada dua rasa yang berbeza apabila berlaku pencapaian yang baik. Satu kita akan rasa bangga dan satu lagi kita rasa bersyukur. Kebiasannya perasaan bangga terjadi banyak pada mereka yang hipokrit manakala perasaan bersyukur berlaku pada mereka yang jujur. (amalan hidup sihat ini bersumberkad dari: “Moral Hypocrisy, Of Proud and Grateful People” from Social Psychological and Personality Science). Sentiasa luahkan rasa syukur anda dengan kehidupan, masih bernyawa, merasai lazat makanan, meneguk air membasahkan tekak, semua itu jika kita hayati membuatkan kita menjadi berbeza.
  5. Kurangkan mengata dan lebihkan bertafakur - Sebagai orang Islam, sia-sia jika kita tidak ambil kesempatan bertafakur dalam solat kita, dalam zikir kita dan dalam wirid selesai dari solat 5 waktu kita. Kajian membuktikan amalan hidup sihat dengan bertafakur membuatkan manusia bahagia, hilangkan stress, hilangkan kegelisahan, hilang keletihan, hilang marah, rasa hidup bermakna dan kuatkan daya tumpuan.
  6. Jangan terlalu berjaga, tidur secukupnya. Tidak ada orang yang boleh menipu dirinya sendiri apabila dia tidak cukup tidur. Anda menjadi manusia yang lansung tidak cekap apabila keletihan. Kurang tidur membuatkan anda keletihan. Kurang tidur juga memungkinkan anda berperangai sewel, kurang tidur juga membuatkan anda mudah sakit. Mereka yang cukup tidur biasanya mudah membuat keputusan yang baik. Oleh itu jangan abaikan amalan hidup sihat ini dan perhatikan masa tidur anda.
  7. Cabar sedikit diri anda – Jangan hanya mahu benda senang sahaja, cabar sedikit diri anda dengan melakukan perkara yang berbeza. Belajar bahasa baru salah satu daripada cara mencabar diri anda. Berbahas isu penting dan berhujah juga salah satu daripada aktiviti mencabar. Amalan hidup sihat dengan melaksanakan azam yang kecil setiap hari juga mampu meningkatkan tahap kesabaran dan nekad anda dan ia sebenarnya lebih penting untuk kejayaan hidup melebihi daripada ketinggian IQ.
  8. Jangan hanya serius sepanjang masa, ketawalah. Amalan hidup sihat dengan tersenyum atau ketawa membuatkan sistem ketahanan penyakit kita meningkat, ketawa membuatkan risiko serangan jantung dan strok kita berkurang dan ketawa menguatkan perhubungan. Mereka yang suka ketawa lebih tahan rawatan pergigian dan mereka biasanya hidup lebih panjang.
  9. Sentuh dan belai orang kesayangan anda - Anda tidak ada anak, segeralah usahakannya, jika tak ada isteri carilah satu. Bila anda ada anak-anak, bila anda ada isteri (-isteri), jangan lupa belai mereka setiap hari. Amalan hidup sihat dengan sentuhan membuatkan kita hilang stress, membuatkan kita erat perhubungan. Mendakap seseorang yang kita cinta membuatkan kita bahagia. Melakukan seks dengan pasangan kita mengurangkan risiko serangan jantung dan risiko kanser, seks juga menguatkan sistem imun kita dan seks juga membuatkan kita panjang umur.
  10. Jadilah orang optimis. Jangan putus harap, yakinkan dengan penuh harapan pada segala yang positif. Mereka yang optimis lebih hidup bahagia, mereka juga sihat dan kuat jiwa dan mereka yang kuat keyakinan biasanya lebih tinggi prestasinya. Jangan lupakan amalan hidup sihat ini.
Jika kita lihat kesemua senarai di atas, kesemuanya adalah perkara yang terlalu ringkas dan mudah untuk kita laksanakan. Jadi mengapa kita hendak susahkan hidup kita untuk berjaya dengan melakukan berbagai perkara yang sukar. Kehidupan tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang sukar.