Menurut Hamid, 41, Pesyarah
Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), berkata “masalah pengangguran
siswazah boleh diatasi dengan pelbagai cara. Antaranya ialah sikap
siswazah itu sendiri yang terlalu memilih pekerjaan serta perlu berfikir
secara profesional dan janganlah bersikap negatif terhadap sesuatu
pekerjaan, kerana ianya akan merugikan diri sendiri. Di samping itu,
mereka perlu pilih kerjaya yang betul dan mempunyai sikap tanggungjawab
kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.”
Selain itu , kerajaan dan
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga memainkan peranan penting
dalam melaksanakan program sekolah atau universiti kerjaya dengan jelas.
Mereka perlu mengadakan kursus khas atau perancangan tegas kepada
graduan daripada menyediakan pekerja untuk sektor awam atau swasta
kepada sektor keusahawanan, pertanian, perlombongan dan lain-lain lagi.
Kerajaan juga perlu
mewujudkan pusat maklumat siswazah di semua IPTA dan IPTS dengan aktif
membuat aktiviti-aktiviti penyelidikan mengesan siswazah secara berkala
dan melaksanakan program penempatan guru siswazah sehingga 50% pada
tahun 2010 di semua sekolah rendah. Ini untuk memastikan model insane
dan model budaya dapat digunakan denga cara yang lebih wajar oleh
guru-ghuru yang terlatih.
Menurut Amzan, 41, Pensyarah
Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), berkata, “ kursus yang
ditawarkan oleh IPTA atau IPTS hendaklah berasaskan analisis keperluan
tenaga kerja dalam semua jenis sektor di negara ini bukan hanya
bersandarkan kepada keupayaan ademik di sesebuah IPTA atau IPTS.”
Di samping itu, golongan
yang masih belajar di sekolah atau IPT perlu memilih bidang paengajian
yang boleh disesuaikan dengan penawaran kerja di pasaran. Kerja yang
ditawarkan di pasaran melebihi jumlah golongan penganggur, tetapi
pemikiran mereka harus diubah. Pemikiran “lebih baik menganggur selagi
tidak jumpa kerja sesuai” harus dibuang jauh-jauh dari minda setiap
graduan kerana ia bukan sahaja merugikan mereka, malah ia merugikan
sektor yang memerlukan tenaga kerja
Graduan perlu memperbaiki
kelemahan berbahasa Inggeris untuk memberi diri kelebihan mendapat
pekerjaan. Oleh itu, kerajaan haruslah menaikan taraf pendidikan dan
juga terus mempromosikan kepentingan Bahasa Inggeris di kalangan
siswazah agar masalah ini tidak akan menghantui fikiran semua rakyat
Malaysia di masa akan datang. Selain itu, graduan juga perlu bijak
berkomunikasi dan mempunyai keyakinan diri sermasa berhadapan dengan
orang lain, jangan takut dan teragak-agak menjawab apabila berinteraksi
dengan orang berpangkat atasan.
Kesimpulanya, graduan harus
bijak mengatur langkah kehidupan masing-masing, jangan terlalu
memikirkan profesional. Graduan perlu bermula dari bawah untuk dapatkan
pengalaman, bukanya terus dari atas. Justeru , graduan tidak seharusnya
terlalu bersikap memilih , kerana ini bukan saja untuk kebaikan
negara,malah ia juga untuk kebaikan diri graduan itu sendiri dan sikap
seperti ini tidak mendatangkan apa-apa kebaikan ke atas diri mereka
sendiri. Bayangkan berapa banyak pengalaman bekerja dan pendapatan yang
mereka rugi jika hanya duduk di rumah disebabkan sikap memilih kerja.
Selain itu, mereka harus mempunyai kemahiran dan pengalaman bekerja..
Oleh itu, mereka haruslah berfikiran terbuka dan bijak dalam menagani
masalah ini agar tidak menyesal di kemudian hari. Bak kata pepatah
“berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit
dahulu, bersenang- senang kemudian,” dan satu lagi pepatah yang
mengatakan, “di mana ada kemahuan di situ ada jalan dan nak seribu daya
tak nak seribu dalih.”
No comments:
Post a Comment