10 idea aktiviti yang boleh anda sekeluarga lakukan dalam usaha mengekalkan keharmonian keluarga anda.
1- Road Trip
Meluangkan masa yang panjang dalam kereta sewaktu menuju ke destinasi
kembara pasti menyeronokkan. Waktu inilah anda sekeluarga dapat berbual,
dan setiap ahli keluarga dapat memberikan perhatian sepenuhnya.
2- Menonton Wayang
Mungkin anda boleh tetapkan sekurang-kurangnya dua kali sebulan anda
sekeluarga akan meluangkan masa bersama untuk menonton filem yang sedang
hangat ditayangkan. Ia antara aktiviti hiburan yang sesuai untuk semua.
Pastikan filem pilihan diklasifikasikan sebagai āUā ya.
3- Permainan Interaktif
Anda tentu pernah melihat adegan satu keluarga bermain Uno di dalam
filem? Penuh dengan kegembiraan bukan? Anda pun boleh juga. Boleh juga
cuba permainan lain seperti Monopoly, Scrabble dan sebarang permainan
kad.
4- Bercuti
Tiada apa yang lebih menyeronokkan selain dapat meluangkan masa bercuti
bersama keluarga. Berkelah di pantai ada kalanya sudah memadai.
5- Aktiviti Lasak
Lakukan aktiviti luar bersama seperti rock climbing, ataupun sukan air
bersama. Walaupun tidak semua ahli keluarga punya kemahiran
melakukannya, namun sokongan dari ahli keluarga yang lain pasti
mengeratkan lagi hubungan.
6- Makan Besar
Sebulan sekali apa kata anda makan besar bersama keluarga, juadahnya
lebih istimewa dan variety berbanding makan malam biasa. Inilah masa
untuk anda kumpulkan semua ahli keluarga, jadikan ia aktiviti wajib
sekali dalam sebulan. Lebih seronok jika dapat masak bersama.
7- Kerja Amal
Jika ada masa apa kata anda sekeluarga lakukan kerja amal seperti
menolong membersihkan rumah orang tua, melawat pesakit kanser di
hospital dan sebagainya. Tentu anda pernah melihat gambar-gambar di
Instagram milik Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Puan
Pahang yang memaparkan gambar beliau sekeluarga giat membantu mangsa
banjir dengan menyediakan juadah.
8- Bargain Hunting
Hari ini banyak jualan gudang berlangsung, jadikan ia sebagai peluang
untuk anda sekeluarga membeli-belah dengan mendapatkan barang seperti
buku, pakaian, perkakas rumah dan permainan pada harga luar biasa.
9- Spa Di Rumah
Sebagai anak apa kata anda beri urutan kepada kedua-dua ibu bapa anda.
Boleh juga pakaian pupur muka, lakukan pedicure dan manicure dan
sebagainya. Boleh juga anda solekkan ibu anda yang bercadang menghadiri
majlis istimewa.
10- Bersenam
Lakukan senaman ringan bersama seperti joging atau berjalan di pusat
rekreasi ataupun lakukan aerobik bersama sambil mengikut gerak tari
video yang dimainkan. Berkebun juga salah satu option yang boleh
dipertimbangkan.
No comments:
Post a Comment