Akademi Pediatrik Amerika dan Persatuan Pediatrik Kanada
menyatakan kanak-kanak dari umur 0-2 tahun tidak sepatutnya didedahkan
pada teknologi, 3-5 tahun dibenarkan hanya sejam sehari, dan 6-18 tahun
hanya dua jam sehari.
Bagaimanapun, kanak-kanak dan remaja dibenarkan menggunakan
gajet oleh ibu bapa mereka pada jangkamasa 4-5 kali ganda dari yang
disyorkan, dengan kesan yang serius dan mengancam nyawa.
Seorang pakar terapi pediatrik, Cris Zone menyarankan agar
kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang sama sekali bagi menggunakan gajet.
Beliau memberikan 10 sebab:-
1. Perkembangan otak
Di antara 0 – 2 tahun, saiz otak kanak-kanak membesar tiga
kali ganda dan terus berkembang hingga berusia 21 tahun (Christakis
2011). Perkembangan awal otak ditentukan oleh rangsangan alam sekitar,
atau kurang rangsangan alam sekitar. Rangsangan kepada otak yang
berkembang yang disebabkan pendedahan keterlaluan kepada teknologi
(telefon bimbit, Internet, iPad, televisyen) telah dibuktikan berkait
rapat dengan kekurangan fungsi dan perhatian dalam melakukan sesuatu,
kognitif lembap, pembelajaran terjejas, peningkatan kepada perlakuan
mengikut emosi dan kurang kebolehan untuk mengawal selia diri, contohnya
mengamuk (Small 2008, Pagini 2010).
2. Perkembangan fizikal terbantut
Menggunakan gajet mengurangkan pergerakan, yang boleh
menyebabkan perkembangan terbantut. Seorang dari tiga kanak-kanak kini
memasuki sekolah dalam keadaan perkembangan terbantut, memberikan impak
negatif pada pencapaian akademik dan literasi (HELP EDI Maps 2013).
Pergerakan fizikal meningkatkan perhatian dan kebolehan belajar (Ratey
2008). Penggunaan teknologi untuk kanak-kanak bawah 12 tahun cenderung
untuk menyebabkan kerosakan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak
(Rowan 2010).
3. Obesiti Epidemik
Permainan video
dan televisyen berkait dengan peningkatan kadar obesiti (Tremblay
2005). Kanak-kanak yang dibenarkan menggunakan gajet dalam bilik tidur
mempunyai 30 % lebih bukti yang mereka obes (Feng 2011). Seorang dari
empat kanak-kanak Kanada dan seorang dari tiga kanak-kanak AS obes
(Tremblay 2011). 30% dari kanak-kanak obes akan mendapat kencing manis,
dan individu obes mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat
serangan strok dan jantung di awal usia, memendekkan jangka hayat
(Center for Disease Control and Prevention 2010). Disebabkan obesiti,
kanak-kanak abad 21 mungkin menjadi generasi pertama yang akan mati
dahulu sebelum ibu bapa mereka (Professor Andrew Prentice, BBC News
2002).
4. Kurang tidur
60% ibu bapa tidak mengawal selia penggunaan teknologi oleh
anak-anak mereka, dan 75% anak dibenarkan penggunaan teknologi dalam
bilik tidur (Kaiser
Foundation 2010). 75% kanak-kanak dari usia 9-10 tahun tidak cukup
tidur sehinggakan memberi impak negatif kepada pencapaian akademik
(Boston College 2012).
5. Penyakit mental
Penggunaan teknologi secara keterlaluan diimpikasikan
sebagai penyebab kepada peningkatan kes kemurungan di kalangan
kanak-kanak, kebimbangan, gangguan ikatan kekeluargaan, autisme, gangguan bipolar,
psikosis dan kelakuan kanak-kanak bermasalah (Bristol University 2010,
Mentzoni 2011, Shin 2011, Liberatore 2011, Robinson 2008). Satu dari
enam kanak-kanak di Kanada telah didiagnosis mengalami masalah mental,
dan kebanyakannya mengambil ubat psikotropik (Waddell 2007).
6. Keagresifan
Kandungan media
yang ganas boleh mengakibatkan keagresifan pada kanak-kanak (Anderson,
2007). Lebih ramai kanak-kanak didedahkan dengan insiden keganasan
fizikal dan seksual dalam media masa kini. “Grand Theft Auto
V” mendedahkan kanak-kanak kepada perlakuan seks, pembunuhan, rogol,
penyeksaan dan pencacatan secara jelas, begitu juga kebanyakan filem dan
rancangan televisyen. AS telah mengkategorikan keganasan dalam media
sebagai risiko kesihatan orang ramai kerana impak kasual kepada
keagresifan kanak-kanak (Huesmann 2007). Terdapat peningkatan laporan
media tentang kanak-kanak yang dikurung atau diasingkan dalam bilik khas
kerana keagresifan yang sukar dikawal.
7. Demensia Digital
Kandungan media yang terlalu pesat boleh menyumbang kepada
defisit perhatian, serta kurang kepekaan dan memori kerana otak
memangkas trek neuron kepada korteks hadapan (Christakis 2004, Small
2008). Kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatian tidak dapat
belajar.
8. Ketagihan
Apabila ibu bapa lebih mendekatkan diri mereka kepada
teknologi, mereka menjauhkan diri dari anak-anak. Apabila tidak wujud
ikatan dengan ibu bapa, anak anak mengikat diri mereka kepada gajet,
yang boleh mengakibatkan ketagihan (Rowan 2010). Satu dari 11
kanak-kanak berumur 8-18 tahun ketagih teknologi (Gentile 2009).
9. Pengeluaran radiasi
Pada Mei 2011, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan telefon bimbit (dan kebanyakan gajet tanpa wayar) sebagai risiko kategori 2B (agen kanser berkemungkinan) disebabkan oleh pengeluaran radiasi (WHO 2011). James McNamee dari Healh Canada pada Oktober 2011 mengeluarkan amaran menyatakan “kanak-kanak adalah lebih sensitif kepada pelbagai agen berbanding orang dewasa disebabkan otak dan sistem imuniti mereka sedang berkembang, jadi risikonya tidak sepatutnya sama antara orang dewasa dan kanak-kanak (Globe and Mail 2011). Pada Disember 2013, Dr. Anthony Miller dari Sekolah Kesihatan Orang Ramai Toronto mengesyorkan yang berdasarkan kajian terbaru, pendedahan frekuensi radio patut di klasifikasikan semula sebagai 2A (agen kanser yang berkemungkinan besar), bukan 2B (agen kanser yang berkemungkinan). Akademi Pediatrik Amerika memohon untuk penilaian semula tentang pengeluaran radiasi EMF dari alatan teknologi, sambil merujuk kepada tiga sebab yang berkaitan impak kepada kanak-kanak (AAP 2013).
Pada Mei 2011, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan telefon bimbit (dan kebanyakan gajet tanpa wayar) sebagai risiko kategori 2B (agen kanser berkemungkinan) disebabkan oleh pengeluaran radiasi (WHO 2011). James McNamee dari Healh Canada pada Oktober 2011 mengeluarkan amaran menyatakan “kanak-kanak adalah lebih sensitif kepada pelbagai agen berbanding orang dewasa disebabkan otak dan sistem imuniti mereka sedang berkembang, jadi risikonya tidak sepatutnya sama antara orang dewasa dan kanak-kanak (Globe and Mail 2011). Pada Disember 2013, Dr. Anthony Miller dari Sekolah Kesihatan Orang Ramai Toronto mengesyorkan yang berdasarkan kajian terbaru, pendedahan frekuensi radio patut di klasifikasikan semula sebagai 2A (agen kanser yang berkemungkinan besar), bukan 2B (agen kanser yang berkemungkinan). Akademi Pediatrik Amerika memohon untuk penilaian semula tentang pengeluaran radiasi EMF dari alatan teknologi, sambil merujuk kepada tiga sebab yang berkaitan impak kepada kanak-kanak (AAP 2013).
10. Tidak dapat dikekalkan
Cara kanak-kanak dibesarkan dan diberi pembelajaran
menggunakan teknologi adalah tidak boleh lagi dikekalkan (Rowan 2010).
Kanak-kanak ialah masa depan kita, tetapi tidak ada masa depan untuk
kanak-kanak yang menggunakan teknologi secara berlebihan. Satu
pendekatan berpasukan perlu dan penting untuk mengurangkan penggunaan
teknologi di kalangan kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment